RSS

LATAR BELAKANG & OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN





LATAR BELAKANG


Secara umumnya Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kulim bertanggungjawab bagi menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, unit ini telah mendapat kerjasama penuh daripada semua unit lain. Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Pegawai Peperiksaan  dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan. Unit peperiksaan bertanggungjawab menguruskan peperiksaan pelajar bagi program sepenuh masa Sijil Perakaunan Perniagaan  (SPP) dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Sehingga Jun 2012 seramai 88 orang pelajar  SPP telah berjaya menamatkan pengajian. Bagi Program SMK pada Sesi Julai 2011  seramai 61 orang pelajar telah  lulus manakala pada Sesi Januari 2012 seramai 88 orang pelajar


OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
Unit peperiksaan Kolej Komuniti ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan penilaian dan peperiksaan atau lain-lain bentuk penilaian yang dijalankan di kolej. 


Unit  Peperiksaan Kolej Komuniti ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti-aktviti yang berkaitan penilaian  dan peperiksaan (Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan Akhir) atau lain-lain bentuk penilaian yang dijalankan di Kolej-kolej Komuniti

Objektif unit  Peperiksaan ini adalah:-
  1. Merancang, menyedia dan menyelaras program-program aktiviti peperiksaan.
  2. Mengeluarkan dan mengedarkan arahan, peraturan dan pekeliling berkaitan dengan peperiksaan.
  3. Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen-dokumen atau borang berkaitan dengan peperiksaan.
  4. Memastikan semua keperluan asas peperiksaan disediakan.
  5. Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej.
  6. Menyediakan dan mengedarkan semua keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaaan Kolej dan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej (slip, transkrip atau sijil).





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment